Latihan Cats Program & Ulangkaji Microsoft Word

2 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Disember 2018, telah diadakan Kelas ICT bagi latihan CATs Program dan Ulangkaji Microsoft Word bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Kelas ICT kali ini untuk peserta sekolah rendah. Pembelajaran utama adalah latihan CATs Program. Peserta membuat latihan CATs secara online untuk menyiapkan unit-unit latihan CATs. Pembelajaran seterusnya adalah ulangkaji Microsoft word yang bertajuk "Aktiviti Semasa Cuti Sekolah". Kali ini peserta perlu membuat karangan mengenai aktiviti yang telah mereka lakukan semasa cuti sekolah dan menghias dokumen Microsoft Word meraka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali